Thursday, May 26, 2011

BAHAYA!
JIKA TIADA SAVING


Mana SAVING anda?
Dah bertahun bekerja tapi masih tiada SAVING?

Setiap bulan anda mengeluh perkara yang sama. Ini berlaku kerana tiadanya SAVING, kenapa??? Seperti yang anda maklum dengan ekonomi yang tidak menentu ini menyebabkan keperluan melebihi pendapatan. Anda harus mendapatkan jalan penyelesaian kerana kos sara hidup semakin meningkat. Anda dalam keadaan kritikal sekiranya hanya bertahan dan terus bertahan tanpa lakukan sesuatu. Perlukah anda membuat 'part-time job' atau bekerja 'over-time' selalu?? 
Renungkan bagaimana agaknya kehidupan anda, keluarga anda dan zuriat-zuriat anda untuk 5 tahun ke depan, adakah tetap sama atau semakin menghimpit. Berfikir tanpa tindakan tak merubah apa-apa....kehidupan anda, anda yang tentukan.....


Saturday, May 21, 2011

ARAH TUJU SELEPAS BERGELAR SISWAZAH,KERJA @ MENGANGGUR??

Memang semua graduate mengharap kn dpt kerja yg bagus2 slps tamat belajar, adakah ini akan menjadi realiti bg anda atau sekadar ilusi yg bermain d minda?? Sekiranya anda terus mendapat kerja tahniah la, sbb nye anda d kira bernasib baik berbanding kwn2 yg masih mencari-cari. Tetapi ingat ade beberapa realiti kehidupan d alam pkerjaan yg tdk dpt kita sangkal lagi:
  • Sanggup kah anda?? masuk kerja pagi balik petang,tapi dpt gaji byar hutang...realiti nye tiada org atas dunia ini yg tidak berhutang, sebagai contoh nye bg yg membuat pinjaman pelajaran (pptn or mara) sblm sempat masuk kerja dah pun pikul hutang berpuluh2 ribu,muda2 dah buat hutang. Bila dah start kerja, xsempat 3bulan kerja nk b'gaya teringin nk pakai kereta tambah lagi satu hutang (bulan2 nk kena byr woo). Tak sampai setahun kerja gatai plak nk kawin, bt plak personal loan utk belanja kawin (yela,nk arap kn duit saving mn cukup). Anda perlu igt nk kawin mmg senang tp hakikat nye khidupan slpas kawin la makin mencabar, jmlah tanggungan smakin bertambah mula la hutang sana sini kad kreadit over limit loan overlapping, adui fikir la sdiri..
  • Bersedia kah anda??belajar tinggi sampai ijazah,tapi dapat kerja gaji rendah...Masuk aje tahun baru abad ke-21 ni ekonomi smkin ke depan, teknologi smkin cnggih, tahap pendidikan pn makin meningkat, stkat ijazah bersepah siswazah kt luar sn. Senang cerita zaman sekarang xleh nk memilih kerja, adakah kerja yg kita dpt tu setimpal dengan ape yg kita blajar dlu.
  • Hebat kah anda??kerja hebat, gaji lebat, jadual padat, balik lewat...Yela org belum bangun anda dh kena bangun, org sudah tido anda masih bersengkam mata. Mana x nye smkin tinggi jawatan anda smkin byk tggjawab dan makin byk benda yg anda perlu fikirkn, sampai bila situasi begini anda sanggup harungi, xguna klau jawatan besar rumah besar kereta besar tapi tiada masa utk family sampai terabai amal ibadat. Anda semua bijak pandai, fikir2 kn la.
Lain plak bg yg menganggur, anda bkn malang cm kurang bernasib baik. Apa2 pn tahniah gak pd anda coz dpt hbs kn pengajian. Anda sbnarnya d kategori kn dlm golongan bebas masa tp xde duit. Bagi yg bt pinjaman ptptn hbs je stdy walaupn xde kerja utang ttp utang & dah nk kena bayar. Sampai bila nak bergantung pada mak ayah, bila plak anda nk berjasa pd mereka. Setiap org ada impian dan matlamat masing2 tp klau anda xkerja sampai bila impian anda kn tercapai??org kerja pn blm tentu impian dorg tercapai ni kan plak anda.. So, klu xdpt kerja tu cari lah alternatif lain jgn hnya nk mengharap kn kerja je. Dalam ISLAM pn ada mengatakan bhawa 9/10 punca rezeki adalah perniagaan bkn nye makan gaji.Walaupun anda bkerja makan gaji,anda msti ada backup income dr sumber perniagaan....

7 SEBAB KENAPA ANDA PERLU KAYA

1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"

2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.

Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.

Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?

Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?

Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...

Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT!

AYUH!!! Kita masih sempat buktikan!

KAYA HARTA & KAYA ILMU

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:

“Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :

" Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah (ilmu) dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain." (al-Bukhari).

Huraian :

Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya.

Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata Sayidina Ali:
"Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya."


Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

APA ITU KAD KREDIT??

Kad kredit bermaksud kad hutang. Semua orang tau apa sebenarnya fungsi kad kredit. Ramai juga yang menyedari 'bahaya' guna kad kredit kerana ramai yang terkandas dalam penggunaannya. Sebenarnya kad kredit tak salah cuma anda yang salah gunakan kad kredit. Sesetengah orang mengambil kad kredit hanya digunakan untuk hal2 kecemasan sahaja. Akan tetapi ia bercanggah dengan niat asalnya. Bila pergi bershopping, nampak je hanfon baru, terus jadi kecemasan gunakan kad kredit, begitu juga bila ada special offer LCD Plasma, set bilik tidur dan MEGA SALE, semuanya dah jadi kecemasan!. Di sinilah bermulanya perubahan hidup anda! Kad kredit umpama satu bencana sekiranya anda silap membuat perhitungan. Ia akan memakan diri sendiri dan boleh mengakibatkan seseorang itu blacklist! Seandainya anda teringin sangat memiliki kad kredit memadailah dengan 1 kad kredit sahaja. Kad kredit bukanlah satu method untuk membayar keperluan yang anda inginkan tetapi ia hanya satu option bagi menggantikan cash. Menggunakan kad kredit untuk perkara yang tidak perlu bererti anda mengundang bahaya! DISIPLINKAN DIRI ANDA & KAWAL NAFSU! TANYA DIRI SEBELUM GUNAKAN KAD KREDIT, PERLU ATAU TAK PERLU? Kesimpulannya, gunakan kad kredit pada tempat yang betul, masa yang betul dan urusan yang betul. Kami boleh berkongsi dengan anda, sekiranya anda mempunyai kad kredit, anda boleh gunakan kad kredit untuk buat duit. Bagaimana caranya?...hubungi kami segera!

NAK TANYA?? NAK TAHU??FILL UP THE FORM.....

Name:
Email Address:
Phone No
Location

Form provided by Freedback.